Pu Shou Keng, seorang pedagang Arab yang kaya dan berpengaruh di China telah dilantik oleh Maharaja Sun Yu sebagai Pesuruhjaya Cukai pada tahun 1246M dan kemudiannya menjadi Pesuruhjaya Keamanan di Fukien pada zaman Dinasti Sung (960-1279M). Manakala pada zaman Dinasti Yuan (1127-1368M) pentadbir Islam yang terkenal ialah Abdul Rahman dan beliau telah dilantik menjadi Ketua Pemungut Cukai dan mengendalikan kewangan negara pada tahun 1244M .

Pada zaman Dinasti Ming (1368-1644), kerajaan Islam mula terbentuk di China dan pengasasnya ialah Chu Yuan Chang. Walaupun Dinasti Ming diasaskan oleh orang Islam tetapi dinasti ini mengamalkan Confucianisme. Menurut Ma Wen-Sheng dalam bukunya Secret History of Chinese Muslim, sebaik sahaja Chu Yuan Chang menguasai tentera bapa mertuanya, satu majlis rahsia telah ditubuhkan oleh beliau dan anggota majlis ini terdiri daripada sembilan orang ahli yang semuanya adalah orang Islam . Walau bagaimana pun,majlis ini tidak diketahui oleh orang ramai kecuali Ratu Ma. Anggota majlis itu ialah :-

(1) Hsu Tah (1331-1385M) dari Fengyang

(2) Ch'ang Yu -Chun (1330-1369M) dari Huaiyuan

(3) Li Wenchung (1339-1384M) dari Yu-i

(4) T'ang Ho (1325-1395M ) dari Fengyang

(5) Teng Yu (1336-1337M) dari Ssuhi

(6) Hu Tah -hai (m.1367M) dari Ssuhi

(7) Hua Yun (1321-1360M) dari Huaiyuan

(8) Ting Teh-hsing( m.1367M) dari Tingyuan

(9) Mu Ying (1344-1392M) dari Tingtuan

Keruntuhan Dinasti Ming menyebabkan orang Islam menderita sama ada dari segi politik atau sosial kerana kenaikan Dinasti Manchu yang tidak adil dan melakukan penindasan ke atas orang Islam. Antaranya ialah melarang orang Islam menunaikan fardhu haji, melarang orang Islam membina masjid serta melarang para ulama dari luar memasuki negara China .Selain itu, Dinasti Manchu juga melaksanakan dasar 'pecah dan perintah'. Mereka sentiasa berlaku tidak adil dengan memihak kepada orang Cina bukan Islam ketika berlaku pertelingkahan antara orang Islam dan bukan Islam. Inilah yang mengakibatkan kebangkitan orang Islam menentang kerajaan Dinasti Manchu.

sumber : http://www.adriandw.com/chi_sej_ker.htm

date Sunday, January 10, 2010

0 comments to “Sejarah Kerajaan Islam Di China”

Leave a Reply:

Friends

.